Posts

Showing posts from August, 2022

Minute Moment

 Pernah suatu ketika dahulu beberapa induvidu bertanya,  "kenapa nak jadi pharmacist?" Seingat aku, jawapannya berubah mengikut masa. Berubah mengikut keadaan jiwa dan mental ketika itu. Jauh sekali jawapan "sebab nak jadi manfaat kepada orang lain, kepada orang yang memerlukan kepakaran tetapi punyai sumber yang terhad, kepada orang yang mencari penyelesaian tatkala buntu mencari jawapan". Bermulanya karier sebagai seorang pegawai farmasi di sebuah hospital pakar major, perjalanan diteruskan sehingga berdaftar dengan LFM - masih di hospital yang sama. Belajar sebanyak mungkin, cuba selagi boleh, tolong selagi mampu. Sehinggalah tiba masanya, kontrak ditamatkan maka sukacita dimaklumkan khidmat di situ mesti diakhiri kerana tidak ditawar pelantikan tetap. Jadi suatu anjakan paradigma terus dilancar oleh ribuan pegawai farmasi muda mudi, termasuklah aku. Berbeza persekitaran, berbeza cara kerja, malah berbeza pengalaman. Tetapi, matlamat masih sama - memberi khidmat ...