Minute Moment
Pernah suatu ketika dahulu beberapa induvidu bertanya,
"kenapa nak jadi pharmacist?"
Seingat aku, jawapannya berubah mengikut masa. Berubah mengikut keadaan jiwa dan mental ketika itu. Jauh sekali jawapan "sebab nak jadi manfaat kepada orang lain, kepada orang yang memerlukan kepakaran tetapi punyai sumber yang terhad, kepada orang yang mencari penyelesaian tatkala buntu mencari jawapan".
Bermulanya karier sebagai seorang pegawai farmasi di sebuah hospital pakar major, perjalanan diteruskan sehingga berdaftar dengan LFM - masih di hospital yang sama. Belajar sebanyak mungkin, cuba selagi boleh, tolong selagi mampu. Sehinggalah tiba masanya, kontrak ditamatkan maka sukacita dimaklumkan khidmat di situ mesti diakhiri kerana tidak ditawar pelantikan tetap.
Jadi suatu anjakan paradigma terus dilancar oleh ribuan pegawai farmasi muda mudi, termasuklah aku. Berbeza persekitaran, berbeza cara kerja, malah berbeza pengalaman. Tetapi, matlamat masih sama - memberi khidmat professional dalam sektor kesihatan.
* * *
Selepas beberapa bulan, barulah aku tahu. Berkhidmat sebagai community pharmacist lebih mencabar. Untung juga pengalaman dan ilmu semasa di hospital kerajaan membuat aku biasa dengan ubat susah-susah, kaunseling itu ini dan meyakinkan bahawa pegawai farmasi dalam komuniti bukan dilabel hanya sebagai "tukang jual ubat". Because we know more than that, we do more than that.
Sepanjang di hospital, masa dengan pesakit terhad. KPI waiting time perlu jaga, pendispensan perlu tepat dan zero medication error. Di komuniti, aspek yang sama cuma masa bersama pelanggan lebih panjang, nasihat boleh dipanjang lebar sampai faham, penambahan alat atau apa-apa yang mungkin memudahkan atau mengurangkan kesusahan/kesakitan boleh dilakukan.
Di hospital, tanggungjawab dikira selesai selepas pesakit discaj. Tetapi di komuniti, penjagaan selepas discaj menjadi keutamaan. Bedridden patient, stroke patient, cancer patient, disabled patient - ini semua jenis-jenis pesakit yang perlukan penjagaan rapi seperti di hospital The list goes on, I may not be able to write them all.
Jika di hospital dulu kita tak kisah pun wheelchair jenis apa sesuai, commode tu apa benda, pilih diaper macam mana, kalau jadi nappy rash apa kena buat, kalau bed sore apa yang kena ada.. It's a lot.
In retail, it is your job to give solutions. People come to you for solutions. In short, pharmacist be it in hospital setting or retail setting, they both complement each other. No one is superior over another. They have expertise in different ways and surely be needing each others.
So, no regrets?
Good Enough To Move On
Comments
Post a Comment