Battle Ground.


Aku meniti usia yang semakin dewasa.
Pemikiranku berubah mengikut corak arus semasa.
Dulu aku mengada, tak serupa perempuan syurga.
Banyaknya dosa, pahalanya tiada jika aku kira.
Sungguh. Bukan aku pinta, tetapi Allah menetapkan segalanya.
Allah izin aku begitu, untuk aku menjadi manusia di lain masa.

Manusia lainnya mungkin menyangka aku sempurna serba semua.
Kecacatanku entah siapa mahu bertanya.
Bukan aku mahu menceritakan serba satunya.
Cukuplah kau tahu, aku cuma manusia biasa.
Imanku naik turun mengalahkan roller coaster lajunya.
Sekejap terasa iman di dada namun sekelip mata sahaja menjunam mencium tanah.

Bila terasa diri bercahaya, lantas riak, ujub, memenuhi muka.
Bagai dunia itu hanya aku yang baik sahaja.
Aku tak begitu, aku tak mungkin berbuat sedemikian rupa.
Tapi aku lupa, yang Allah mengawal kita.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Tajamnya lidah, tiada bertulang.
Buruknya lisan tanpa ilmu, amalan, ihsan yang bertunjang.
Oh bukan cuma lisan, tapi juga perbuatan.
Lupakah aku yang aku cuma insan?
Yang nyawanya mampu tercabut tanpa sebarang amaran.

Benarlah iman cuma senipis kulit bawang.
Benarlah iman bisa menaik bisa mengurang.
Di battle ground ini aku seorang.
Berpasak tiada, panji-panji pun hilang.

Di tikar sembahyang aku bagaikan hilang.
Hilang dalam menungku yang panjang.
Sempatkan aku untuk menyesal, sempatkan aku untuk kembali.
sebelum aku benar-benar pergi.

Jauh dalam hati, aku mahu menjadi srikandi.
Jauh di sudut qalbu, aku mahu syahid kerana agamaMu.
Jauh terselam terikat tenggelam, aku mahu lari dari masa silamku.

Dalam battle ground ini aku mempertahankan diri,
yang kadangnya rebah tak henti-henti.

I'm done. :'(

I have my own battle in my head where no one knows. No one ever know. I won couple of times, I manage to take it over, now it is weaker, pray so that I can defeat it. Forever. 

Comments

Popular posts from this blog

Post Graduation

The Lies I Tell Myself

First Tri