Cinta Yang Jauh
Aku terasa sedikit berbeza dari hari lainnya.
Nafasku sendu ditemani hujan tengahari. Angin dingin sekejap sekejap menyapa pipi. Bantal tersorong untuk melewati waktu yang kian sepi.
Sudah 51 hari bergelar seorang isteri.
Hikmah belum bersambut, waktu cepat terasa seperti dikejar-kejar. Terimbau masa dahulu aku seiring dengan doaku.
Temukan aku dengan jodohku.
Lancarkan pertemuanku sehingga pernikahan.
Lindungi suami ku, keluargaku dan diriku.
Mudahkan urusan kami untuk menyatu, menghalalkan dua menjadi satu.
Lantas hari ini sudah 51 hari.
Doa dimakbul.
Jodoh bertemu, nikah pun mudah.
Konflik dan tribulasi dipermudah, ada saja cara mengatasi masalah. Alhamdulillah.
Lancar semuanya.
Masih mentah untuk aku simpulkan.
Masih terlalu muda untuk aku katakan.
Pernikahan bukan semuanya manis, tetapi pahitnya nikah tidak sampai memudaratkan, tidaklah sampai tak boleh ditelan.
Hadirnya nikmat berselang pertelingkahan yang mengeratkan, menambah kefahaman, menimbulkan muhasabah kepada yang salah mahupun yang tidak.
Kerana dia pakaianmu dan kamu pakaiannya.
Rosak kamu rosaklah dia, dan vice versa.
Kamu adalah cerminannya. Begitu juga dia terhadapmu.
Nikah itu hadir dengan tanggungjawab.
Tanpa ilmu, tanpa rasa tanggungjawab, tanpa iman, nikah itu cuma satu lafaz yang menghalalkan.
Lihat diri sendiri. Sebelum menilai adakah dia menghargai, nilai dirimu.
Adakah kamu sudah cukup ikhlas dalam memberi?
The act of giving with nothing to expect in return, provides the best feeling the world could ever contain.
Yours truly,
The New Wife.
Comments
Post a Comment