Usrah; The Second.
Usrah kali ni lebih santai. Lebih #deep.
Usrah dimulakan dengan ucapan emcee which is Jea (read: J). Simple fatihah kemudian pass pada Mijj untuk short tazkirah.
Tazkirah ni pada sesetengah orang benda yang annoying. Tapi pada sesetengah orang yang mencari tujuan hidup, it is something. Kita mungkin fikir "alahh, common sense." But believe it or not, yang common sense itulah yang kadang-kadang human susah nak buat. Maybe ada yang fikir "bajet baikk je nak ingatkan orang. diri sendiri tu?" Oh well, kau nak menyetan sampai bila agak-agak kan?
The principle of YOLO; You Only Live Once membawa banyak makna. It depends on how you mean it. It depends on how you bring things in your life. Misalnya sukakan dunia, kita isi dunia dalam hati kita dengan macam-macam hal dunia. Ada juga yang beringat, lalu diisikan akhirat dalam hatinya. Tapi most people, most Muslim akan mix. Ada sedikit dunia & kejahilan, ada juga sedikit iman & amal dalam rongga hati.
DALAM HATI CUMA ADA SATU RONGGA. DAN RONGGA ITU HANYA BOLEH DIISI DENGAN SATU-SATU JENIS PERKARA.
-maka pilih, kejahilan atau kesyumulan Islam-
Kemudian tadabbur sedikit Surah Az-Zumar ayat 68 hingga akhir.
Allah cerita macam mana keadaan orang kafir menerima balasannya, diiring ke neraka dalam rombongannya. Begitu juga orang yang menerima buku amalan dengan tangan kanannya yakni orang yang beramal soleh. Mereka juga diiring dalam rombongan untuk ke syurga di mana pintu-pintu syurga terbuka luas, ditambah penjaga-penjaga pintu syurga menyambut dengan perkatan salam.
Seronok dan takut. Mana satu pengakhiran kita, kan?
Seriously, ini lebih takut daripada fikir "siapa sebenarnya jodoh aku?" . pfft!
Jadi aku ambil sedikit masa yang sepatutnya aku pergi mandi freshen up myself then buat nota, lepas tu prepare untuk esok mungkin tu untuk aku catatkan kat sini sebelum input usrah tadi disimpan tak direview dalam Buku Usrah. haaa dah advance, dulu sekolah menengah ada Buku Tazkirah je kan nak catat masa Kultim (Kuliah Tiga Minit) ke ape ke kan... ecehh. ^^
In essence, muhasabah balik diri kita. Bila nikmat umur panjang ni Allah bagi dengan pelbagai lagi rahmah kan, even bila ada masalah pun ada je penyelesaian kan. Mudah betul hidup kalau nak difikirkan tapi berapa minit je yang kita spend untuk berterima kasih pada Allah yang memberi tanpa putus?
To me, bila kita dah buat something for people, I always seek for at least a "Thank You" from the mouth of people I help. Human kan, always need gratitude. And if orang tu berat sangat nak berterima kasih, aku akan rasa macam "tak menghargai betul. blah lah kau" kan.
Tu human tau, which mean aku la tu. Then cuba relate, Allah dah tolong macam2 sejak dari dalam rahim, takkan lah setengah jam je sehari kita spend dgn Allah. Itu pun, betul ke solid setengah jam dengan Allah? ><
So lepas ni, reflect. Perbaharui dirimu. :)
Comments
Post a Comment