Aku meniti usia yang semakin dewasa. Pemikiranku berubah mengikut corak arus semasa. Dulu aku mengada, tak serupa perempuan syurga. Banyaknya dosa, pahalanya tiada jika aku kira. Sungguh. Bukan aku pinta, tetapi Allah menetapkan segalanya. Allah izin aku begitu, untuk aku menjadi manusia di lain masa. Manusia lainnya mungkin menyangka aku sempurna serba semua. Kecacatanku entah siapa mahu bertanya. Bukan aku mahu menceritakan serba satunya. Cukuplah kau tahu, aku cuma manusia biasa. Imanku naik turun mengalahkan roller coaster lajunya. Sekejap terasa iman di dada namun sekelip mata sahaja menjunam mencium tanah. Bila terasa diri bercahaya, lantas riak, ujub, memenuhi muka. Bagai dunia itu hanya aku yang baik sahaja. Aku tak begitu, aku tak mungkin berbuat sedemikian rupa. Tapi aku lupa, yang Allah mengawal kita. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tajamnya lidah, tiada bertulang. Buruknya lisan tanpa ilmu, amalan, ihsan yang bertunjang. Oh buka...